Belinna & Hasnan – Reception : Lokman Aziz






Salam 1 Malaysia, Kali ni saya nak kongsikan beberapa gambar reception  Belinna & Hasnan.  Majlis berlangsung di Cheras..Alhamdulillah majlis berjalan lancar..cerah sepanjang hari. Pasangan pengantin adalah sangat senang senyum…ceria. tapi kurang suka bergambar outdoor..boleh mintak hari hujan..(sabor jela haha).hmm apa lagi Photographer kena keluar ayat-ayat manislah.. Setelah hampir habis shoot  kat lokasi outdoor (Taman Berdekatan), pengantin pula yang minta shoot  tambahan., hehe. Takdehal lah :)

Oklah jom layan gambar.

Enjoy!

LOKMAN AZIZ
Junior Photographer
CandidSyndrome International
inquiry@candidsyndrome.com
+6 03 80766878 (Call Inquiry)

Majlis Pernikahan Amiri & Liyana – by Aizat Aziz

 

Salam semua.Entry kali ni adalah Majlis pernikahan Amiri dan Liyana.Majlis yang simple tetapi cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga,saudara mara,raka-rakan pengantin dan jiran tetangga yang hadir.Majlis ini berlangsung dirumah keluarga Liyana di Bandar Baru Uda, Johor Bharu. (Thanks sebab terbangkan aizat ke JB!)Di Majlis ni aizat terpersona dengan hiasan pelamin mereka ni,rupa-rupanya pelamin ni pernah menang tempat ke 2 “best in Johor”. No wonder la kan? By the way, congrat kepada mereka berdua.

 

Syok! Syok!

AIZAT AZIZ 
Dip. Art & Design (FINE ART), UITM
Photographer
CandidSyndrome International.

 

 

Sharinah & Sani – Solemnization : Lokman Aziz










Salam 1 Malaysia, Agak lama x update blog CS….macam2lah halnya.So sory..Oklah kali ni saya nak kongsikan beberapa gambar majlis akad nikah Sharinah & Sani.  Majlis berlangsung di Shah Alam..Alhamdulillah sah dengan sekali lafaz …steadylah bro.. :) .

Oklah jom layan gambar.

Enjoy!

LOKMAN AZIZ
Junior Photographer
CandidSyndrome International
inquiry@candidsyndrome.com
+6 03 80766878 (Call Inquiry)

 

 

Dr. Saiful + Dr. Ezyah Reception by Azreen Omar

Ni la dia keturunan doktor, Dr. Saiful + Dr. Ezyah. So mase majlis ni, sy dekelilingi oleh golongan2 doktor. kalau pengsan pon takpe, ramai leh selamatkan. hahaha.
Kat rumah dieorang ni,  masih kuat lagi kekuatan kejiranan. Masak pon tak pakai katering, orang2 taman tu gotong royong masak ramai2 dan yg bestnye, masak kat rumah jiran sebelah. Dieorang tak kesah pon, dah macam family sendiri. Kat tempat korang ade? (kampung lain cerite ok, tu pon masak kat rumah sendiri. :p )

Hey Ho Let’s Go
Azreen Omar
Junior Photographer
Candidsyndrome Int.

Radziff & Dr. Nurul – Reception by Zul Aziz

Salam sejahtera malaysia! Ok kali ni saya bawa anda semua ke Kajang, Majlis bertandang antara pasangan pengantin Radziff & Dr. Nurul. Majlis yang ceria disusuli dengan panas terik membuatkan semua hadirin dahaga termasuklah pengantin sendiri hahaha…pasangan yang secocok bagai pinang dibelah-belah. Tahniah pada mereka berdua, semoga kekal ke hingga akhirnya amin…”Bro honeymoon pergi Bali/Phuket jangan lupa bawa aku sekali hahahaha” sedikit prebiu dari majlis tersebut…

 

“suka tak?”

ZUL AZIZ
Junior Photographer
CandidSyndrome International
inquiry@candidsyndrome.com
+6 03 80766878 (Call Inquiry)

Dr. Aishah & Syed – Reception by Zul Aziz

Salam, baru-baru ini saya diberi peluang untuk bekerjasama dengan salah seorang rakan yang juga berkecimpung dalam dunia foto perkahwinan iaitu Irene Yap dari Acidd9Studio. Majlis yang berlansung di Shah Alam ini berlansung dengan baik sekali tanpa sebarang masalah teknikal dan sebagainya. Pasangan pengantin dan ahli keluarga yang “cool” membuatkan kehadiran kita (orang luar) terasa seperti dialu-alukan. Sedikit prebiu dari majlis tersebut.

 

“suka tak?”

ZUL AZIZ
Junior Photographer
CandidSyndrome International
inquiry@candidsyndrome.com
+6 03 80766878 (Call Inquiry)

Ija & Firdaus Portraiture

Salam sahabat, maafkan sy sebab lewat update blog ni. Gambar2 kat atas gambar portraiture antara Ija & Firdaus. Saye bleh jugak shoot portraiture selain shoot wedding. Kalau nak shoot portraiture tu, biasenye saye akan maklumkan pada client terlebih dahulu tentang pakaian ape yang dieorang patut pakai. Selalunya saye akan minta dieorang pakai baju yang tiada lambang/logo ape2, atau lebih tepat baju ‘plain’ je supaya subjek mudah menonjol. Dan yang paling penting, kena belajar senyum depan cermin. Bakal2 pengantin, jangan lupa senyum sepanjang majlis. Lagi maniissss rasanya kalau pengantin tersenyum lebar di hari bersejarah korang kan. :D

Hey Ho Let’s Go
Azreen Omar
Junior Photographer
Candidsyndrome Int.

Dr. Shakir & Suraya – Reception by Aizat Aziz

Habis segala cuti panjang…~Sekarang masa untuk bekerja.Entry terbaru aizat kali ni adalah majlis resepsi Dr. Shakir & Suraya yang berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam.Hope korang enjoy ok dgn entry terbaru ni….

 

Syok!! Syok!!

 

AIZAT AZIZ 
Dip. Art & Design (FINE ART), UITM
Photographer
CandidSyndrome International.

Yan + Wan Reception by Azreen Omar

Salam semua, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia tak kire dimana korang berada. Untuk update kali ni, majlis resepsi untuk Wan & Yan di Batang Kali. Majlis kali ni bermula cepat sangat, 12.30pm tepat pengantin lelaki dah terpacak kat depan rumah pengantin perempuan. Hahaha. So, kul 2.30 majlis dah selesai tinggal nak ambil2 gambar dengan family je. Kul 3.30 dah lengang dah perkarangan rumah pengantin. Kali ni berganding bahu dengan Zaid & Ajean, sesama belajar kat SNAP first batch dulu. :) ) Eish tak reti nak cakap ape. Kbye.


Hey Ho Let’s Go~

Azreen Omar
Junior Photographer
Candidsyndrome International.

Jalan-Jalan Melaka by Zul Aziz

Salam, alhamdulillah…hehe untuk entry minggu ini, saya nak tukar sikit, asyik orang kahwin tiap-tiap minggu, apa kata sekali-sekala kita tukar angin pula? Baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Melaka ditemani isteri tercinta & rakan karib. Misi suka-suki yang tidak berapa dirancang kadang-kadang “best” juga hahaha…mana taknye, kami berjalan sejauh 3 kilometer dari Bandar Melaka ke hotel gara-gara merayap tak sedar diri dan mahukan “adventure” (ambil ubat senah oii). Tapi apa-apa pun memang puas hati dan pengalaman baru buat kami semua. Prebiu sedikit dari “trip” tersebut…enjoy…nak pegi urut tapak kaki kejap hehehe…

“suka tak?”

ZUL AZIZ
Junior Photographer
CandidSyndrome International
inquiry@candidsyndrome.com
+6 03 80766878 (Call Inquiry)